about me

Friday, December 19, 2008

Cinta vs suka...


Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.
Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.
Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.
Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.
Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.
Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga
.
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka.







6 comments:

Skira edo's said...

huhu.btol2
Perasaan suka bermula dari telinga.
macam mana to ek?

FaDhLi said...

a'ah la.. camne ek?? cbe makcik explain sket..

marmasri said...

perasaan cinta bermula dari kata-kata...
perasaan suke bermula dari telinga..

em,mungkin ayat ni bermaksud telinga yg mendengar kata2 indah yg diucap,atau cerita2 indah yg didengari..lalu dari kata2 masuk ke telinga n dari telinga jatuh ke hati.....huhu

FaDhLi said...

wahaha!
kamu tau ke xtau sebenarnya?!

epol said...

"perasaan suke bermula dari telinga.."


camne tu ek? ngee~

marmasri said...

ala......sume org pelik ble dgr perasaan suke bermula dari telinga...
actually,i've read dis poem from a page..(iluvislam)
i'm not very sure wut does it mean...

sori guys...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...