about me

Friday, April 24, 2009

di kapal itu,dia ada di situ

dia,berbaju uniform putih
mengemudi di atas laut
untuk berbulan-bulan lamanya
kapal menjadi teman rapatnya
lautan luas menjadi santapan hari-hari

anak kapal itu,kapten itu
mereka sedang berjuang
dari Bintulu ke Taiwan,Korea,Japan
mereka memikul tanggungjawab negara
untuk kebaikan bersama
setiap pelabuhan, kapal itu akhirnya berehat
selepas kepenatan mengharungi lautan

lautan yang biru itu...
di dalam kapal yang gah tersergam indah itu
di antara berpuluh-puluh atau beratus-ratus penghuni di dalamnya
yang seorang itu adalah abangku..
ya,dia di situ
aku pasti..

itulah abangku
kamera Nikon D60 menjadi temannya
di kala kerinduan dan kesunyian
gambar-gambar itu
gambar-gambar alam yang indah lagi cantik
abangku hadiahkan kepada dirinya
mengubati luka akibat penantian yang terlalu lama
penantian untuk dia kembali

kerinduan terhadapmu menjadi-jadi
kami menunggumu
penantian ini tidak pernah berhenti
hari demi hari
kepulanganmu adalah pasti
kami doakan kamu selamat dan gembira selalu
teruskan bergambar
mengubati rindu kami di sini
supaya kami tahu kamu masih di situ

itulah dia..abangku
dan aku adalah adiknya
yang akan terus menanti kepulanganmu
kami rindu bangat sama kamu!



2 comments:

miss AIN said...

terharunyer~~~

terigt my kazen kat atas kpl gak..xpulang2 ag beliau..

marmasri said...

huhu....
sabar ye..
teruskan menanti kepulangan mereka~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...