about me

Monday, October 12, 2009

tahukah kamu?


tahukah kamu
diri ini sentiasa rasa bersalah
menyakiti
melukai
mengkhianati
mengecewakan
menyeksa hati dan perasaan
seorang insan
bernama kamu...

tahukah kamu
tak pernah diri ini
melupakan
membenci
seorang insan
bernama kamu

tahukah kamu
diri ini menunggu
satu kalimat
satu pengakuan
satu kepastian
dari kamu
yang kamu telah maafkan diri ini
yang kamu telah lupakan kisah silam itu
yang kamu tidak lagi berdendam
yang kamu tidak lagi menyepi

tahukah kamu
hari ini
gembira tidak terhingga
hingga air mata ini mengalir
kerna akhirnya
aku melihat kamu bahagia
bersama kehidupan kamu
kamu dan senyuman itu

teruskan senyuman itu :)
teruskan semangatmu

dan di sini
aku hanya mampu berdoa
moga aku menjadi insan yang lebih baik
moga aku dan kamu mendapat petunjuk dariNya

hargailah hari-harimu
gembirakan hatimu yang resah
moga dengan kegembiraanmu
aku akan turut gembira

maafkan diri ini...



by : mardhiah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...