about me

Tuesday, May 24, 2011

fahamilah hati seorang ibu :)

salam :)
hati ini tergerak untuk menulis di malam hari.
kerna sudah tidak sanggup menyimpannya terbuku di dalam hati

topik kali ini
berkenaan hati..
iaitu hati seorang ibu :)
walaupun saya belum menjadi ibu.
tapi..kerana hampir setiap minit saya mendengar luahan ibu
itu membuatkan saya faham sedikit sebanyak
apa yang setiap ibu inginkan
apa yang setiap ibu rasai..

walaupun kadang2 luahan itu sudah saya dengari sebelum ini
namun..saya sentiasa tunjukkan minat 
terhadap segala yg ibu ceritakan pada saya
kerna saya bersyukur
masih ade orang yang ingin menasihati & mengingati saya :)
betapa bersyukurnya saya mempunyai seorang ibu yg sayangkan anak2nya.
mak,saya berbangga dengan kamu
kerna telah membesarkan kami dgn tabahnya..
dan bersabar dgn karenah kami :)

ibu selalu berpesan pada saya
juga anak2 yg lain..

bila sudah berjaya nanti,jangan lupa diri & berbaktilah pada keluarga
dan tolong mereka yg telah membantu kita dulu :)
ingat, di mana pun berada..
jagalah solat..kerana solat itu membentuk peribadi & akhlak kita :)
apabila sudah berkahwin nanti, jadilah isteri/suami yg bertanggungjawab.
nasihat ini nampak agak biasa didengari..
tapi, cukup bermakna..
dan,alhamdulillah...saya tak pernah bosan mendengar nasihat ini..
kerna pinta hati kecil ini...'mak,teruslah ingatkan anakmu ini sebelum aku tidak sempat lagi mendengar nasihatmu nanti '

Ibu hanya satu di dunia ini :)
Doaku semoga Allah beri kekuatan dan kesihatan kepadanya..
Moga ibu tabah selalu
dalam menempuhi segala cabaran :)

Apalah salahnya jika kita lupakan dahulu sakitnya hati kita terhadap kata2 ibu yg mungkin telah melukan hati kita.
Apalah salahnya kita menggembirakan hati ibu..bukannya membuatkan ibu nangis di malam hari kerna terkenangkan sikap kita yg mungkin telah melukakan hatinya...
Apalah salahnya jika kita memahami segala nasihat ibu..dan bukannya masuk telinga kanan...keluar telinga kiri..
Apalah salahnya jika kita berubah demi ibu selagi ia tidak bertentangan dengan syarak.
Apalah salahnya jika kita meminta maaf dengan ibu jika kita telah melakukan kesalahan dengannya :)

Dan sesungguhnya..
antara anak lelaki dan perempuan...
anak lelaki itu bertanggungjawab terhadap ibunya walaupun setelah dia berkahwin.
anak perempuan pula bertanggungjawab terhadap suaminya.
Wahai isteri yg solehah sekalian...ingatkan suamimu agar dia berbakti kepada ibu2 mereka :)


Syurga itu di bawah tapak kaki seorang ibu.


Renung-renungkan & selamat beramal :)


i love you,mom :)


you're beautiful :)




1 comment:

mYshah said...

sayang ibu! (>.<)
yep betul tu kalau lelaki tanggungjawab pada ibu x henti, kalau perempuan plak lepas kawen suami lagi utama. huhu. bagus2.

nway best of luck in ur study

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...