about me

Wednesday, August 3, 2011

betapa....

Betapa besarnya nilai wang RM1 jika disedekahkan di surau/masjid
Namun,betapa kecilnya nilai RM1 jika dibawa membeli belah

Betapa lamanya 15 minit ketika sedang menunaikan solat
Namun, terasa sekejapnya 15 minit itu jika sedang menonton wayang

Betapa cepatnya kita menghabiskan helaian novel/majalah kegemaran
Namun, betapa lama dan beratnya kita untuk menyelak helaian 
kitab suci, Al-Quran

Betapa mudahnya kita memanjangkan waktu perlawanan bola sepak
Namun, betapa sukarnya kita untuk menerima waktu solat yang dipanjangkan kerana ingin memenuhi waktu itu dengan ceramah/tazkirah/tahlil

Betapa lancarnya dan ghairahnya kita bergosip/mengumpat tentang seseorang
Namun, betapa cepatnya kita bosan untuk bercakap tentang kekuasaan 
Al-Quran apatah lagi membacanya

Betapa berusahanya kita untuk mendapat tempat di barisan hadapan ketika menonton konsert
Namun, kita lebih suka duduk di saf belakang apabila menunaikan solat di masjid



MashaAllah.....may Allah guide us...don't let us go astray...



sharing from a tazkirah after Tarawikh at Surau An-Nur
(attracted by his tazkirah...short,brief yet meaningful)




selamat menunaikan ibadah puasa 
moga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya..
InsyaAllah :)





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...